Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

TERKINI : Muhyiddin sedia lepas jawatan Pengerusi PN

Foto Bernama

KUCHING, 13 Mac : Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia untuk melepaskan jawatannya dalam gabungan itu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau boleh berbuat demikian pada bila – bila masa sekiranya diminta oleh ahli gabungan.

Katanya, kedudukan selaku Pengerusi adalah atas persetujuan rakan – rakan pimpinan dalam PN yang terdiri daripada Pas dan Gerakan.

” Kalau dia (pemimpin – pemimpin parti) dalam PN hendak tukar (Pengerusi) saya terima, tidak ada masalah kerana kita mengamalkan sistem demokrasi, hak itu penentunya bukan saya sebaliknya pemimpinan dalam PN,” katanya dalam sidang sedia sebentar tadi.

Turut menyertai Muhyiddin ialah Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Presiden Parti Gerakan Rakyat (Gerakan), Datuk Dominic Lau Hoe Chai dan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Berdasarkan keputusan rasmi diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi, PN yang bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 Johor hanya menang tiga kerusi.

Kerusi yang dimenangi PN ialah DUN Endau, DUN Bukit Kepong dan DUN Maharani.

Sementara itu, ditanya sama ada PN bersedia untuk bekerjasama dengan blok pembangkang lain di Johor, Muhyiddin berkata, perkara itu masih belum dibincangkan setakat ini.

“Kita hadapi masalah di Johor, ke hadapan, saya tidak boleh bayangkan apa kemungkinan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan