Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Maszlee Malik mahu promosikan Simpang Renggam ke seluruh dunia
Dr Maszlee Malik mahu promosikan Simpang Renggam ke seluruh dunia

Saya masih Ahli Parlimen, mahu promosi Simpang Renggam ke seluruh dunia – Dr Maszlee

ByFirdaus Ismail

Kredit Foto Facebook Dr Maszlee

KUCHING, 13 Mac : Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang kecundang dalam percubaan pertamanya untuk bergelar Ahli Dewan Negeri (ADUN) Johor berkata, beliau akan tetap berkhidmat kepada rakyat atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Simpang Renggam.

Menerima kekalahan kepada calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang – Layang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 Johor semalam, Mazlee memberikan ‘tiga punca’ utama yang menyebabkan beliau gagal ‘memenangkan’ Parti Keadilan Rakyat (PKR) di situ.

Katanya, peratusan keluar mengundi yang rendah semalam antara faktor yang menyumbang kepada keputusan yang tidak memihak kepadanya.

“Ada juga pengundi yang berada di Singapura, mereka tidak dapat masuk (pulang) untuk mengundi.

Selain itu, ada yang bimbang dengan penularan COVID-19.

Kita tahu mengadakan PRN pada waktu pandemik amat mencabar dan mereka (pengundi) mempunyai pertimbangan masing – masing,” katanya menerusi video di media sosialnya malam tadi.

Menerusi keputusan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) calon BN, Abd Mutalip Abd Rahim menang kerusi DUN Layang – Layang dengan majoriti 2,815 undi selepas menerima undian keseluruhan sebanyak 7,551.

Maszlee pula mendapat 4,736 undi manakala calon Perikatan Nasional (PN), Alagenthiran Krishnan hilang deposit apabila sekadar menerima 1,278 undi.

Ahmad Syafiq Othaman yang ditampilkan Pejuang turut hilang deposit selepas menerima undian terendah iaitu 164.

Mengulas lanjut, Maszlee berkata, pada masa hadapan, beliau berharap partinya akan turut memberi perhatian kepada golongan muda berusia 18 tahun ke atas yang dibenarkan mengundi.

Sementara itu mengenai perancangannya untuk Simpang Renggam, Maszlee berkata , beliau akan terus komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik.

” Baru – baru ini saya telah lancarkan buku untuk mempromosikan Simpang Renggam kepada dunia.

“Antara yang terkandung dalam buku ini ialah wajah sebenar penduduk di sini, tempat libur dan tempat makan menarik,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan