Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PKR terima keputusan PRN Johor - Anwar Ibrahim
PKR terima keputusan PRN Johor - Anwar Ibrahim

PKR akur dengan keputusan PRN Johor – Anwar Ibrahim

JOHOR BAHRU, 13 Mac : Parti Keadilan Rakyat (PKR) akur dengan keputusan yang dibuat rakyat Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) berkenaan.

Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan itu ternyata suatu peringatan penting buat parti-parti politik untuk mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

Bagaimanapun beliau melahirkan penghargaan kepada semua pendukung dan jentera PKR serta Pakatan Harapan (PH) yang berhempas pulas menggerakkan kempen sepanjang berlangsungnya PRN itu.

“Tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kejayaan membentuk kerajaan negeri di Johor,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

PRN Johor semalam menyaksikan BN memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, manakala Pakatan Harapan (PH) 11 kerusi, Perikatan Nasional (PN) tiga kerusi, manakala PKR dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pula masing-masing satu kerusi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan