Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Potong gaji penjawat awam bagi tangani inflasi : PM Korea Selatan
Perdana Menteri Korea Selatan Han Duck-soo pada Isnin berkata bahawa terdapat keperluan untuk mengurangkan gaji penjawat awam demi menangani inflasi, lapor Yonhap. Foto: BERNAMA

Omicron : Kes baharu melebihi 350 000 dua hari berturut – turut di Korea Selatan

SEOUL, 13 Mac : Kes harian COVID-19 Korea Selatan terus mencatatkan angka melebihi 350,000 untuk hari kedua berturut-turut ketika negara ini sedang bergelut dengan penularan varian Omicron, lapor Agensi Berita Yonhap.

Menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA), negara itu melaporkan 350,190 jangkitan baharu COVID-19, termasuk 350,157 kes tempatan, menjadikan jumlah keseluruhan seanyak 6,556,453.

Varian Omicron merebak dengan sangat pantas apabila jangkitan harian melebihi paras 300,000 buat kali pertama pada Rabu, hanya seminggu selepas melebihi 200,000 kes. Jumlah kes juga mencecah enam juta pada Sabtu, melonjak daripada lima juta dalam masa tiga hari. 

Lonjakan kes itu meningkatkan jumlah kematian dan pesakit kritikal. Sebanyak 251 lagi kematian dicatatkan menjadikan jumlah kepada 10,395.

Jumlah pesakit yang kritikal pula mencecah seramai 1,074, meningkat daripada 1,066 berbanding hari sebelumnya. 

Pada Jumaat, pihak berkuasa kesihatan meramalkan gelombang Omicron berkemungkinan memuncak dalam beberapa minggu akan datang, dengan purata mingguan kes virus harian melonjak sehingga 370,000. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan