Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penjawat awam di Mukah rugi RM110,000 tertipu oleh Macau Scam mendakwa ada cukai tertunggak

Macau Scam : Guru di Sibu putih mata lesap lebih RM50,000

SIBU, 13 Mac : Seorang guru berputih mata apabila mengalami kerugian RM50,779 selepas menyertai satu skim pelaburan tidak wujud yang ditawarkan secara dalam talian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Dr Collin Babat berkata, kejadian itu berlaku apabila mangsa yang berusia 52 tahun menerima mesej menerusi aplikasi telegram kira – kira pukul 4.25 petang pada 3 Mac lalu.

Katanya, penghantar mesej yang memperkenalkan dirinya sebagai ‘Mumtaz Azar’ dari sebuah syarikat pelaburan XM dan mempromosikan pelan pelaburan yang hanya memerlukan modal sebanyak RM2, 000 serta berpeluang cerah untuk untung besar mencecah RM35 000.

” Mumtaz Azar turut memberi jaminan bahawa syarikat itu hanya akan mengambil 30 peratus atau RM8,750 daripada keseluruhan keuntungan yang bakal diraih mangsa,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Katanya, mangsa juga diyakinkan akan menerima RM35 000 dalam tempoh enam jam sahaja.

Tertarik dengan tawaran itu, Collin berkata, mangsa membayar RM2,000 namun diminta untuk meningkatkan jumlah pelaburannya agar mendapat keuntungan yang lebih besar.

Bagaimanapun, katanya selepas pengadu membayar sebanyak RM50,779, dia masih belum menerima apa-apa pulangan seperti yang dijanjikan.

“Curiga dengan pelaburan yang itu, pengadu menyedari telah terpedaya apabila suspek sering memintanya untuk menambah modal pelaburan,” katanya.

Menurut Collin, pengadu tidak menerima sebarang pulangan seperti diterangkan dan membuat laporan polis pada Jumaat lepas.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” tambah beliau.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan