Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis sahkan Eric mangsa bunuh
Polis sahkan Eric mangsa bunuh

Kes kehilangan Eric kini disiasat sebagai kes bunuh – Ketua Polis Daerah Kuching

ByTVS

KUCHING, 13 Mac : Perkembangan siasatan kes kehilangan kanak – kanak lelaki berusia empat tahun, Eric Chang pada Isnin lepas kini memasuki episod baharu apabila polis mengklasifikasikannya sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, suspek yang merupakan pasangan penjaga yang telah ditangkap akan diteruskan tempoh reman bagi menjalankan siasatan lanjut.

Katanya, sebelum ini siasatan kes berkenaan dilakukan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak – Kanak 2001.

” Ketika ini usaha pencarian diperluaskan dengan bantuan Pasukan Gerakan Marin Wilayah 5 serta bantuan agensi luar termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sekitar perairan Sungai Muara Tebas dan kawasan sekitar,” katanya menerusi kenyataan media sebentar tadi.

Eric dilaporkan hilang pada pukul 9 pagi , Isnin lepas di rumah pengasuhnya di Taman Riverview, Bintawa.-TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found