Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
BERA, 13 Mac (Bernama) -- Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang besar semalam, diyakini tidak menjejaskan hubungan di peringkat kerajaan Persekutuan, yang meliputi menteri serta timbalan menteri daripada parti yang berbeza.
BERA, 13 Mac -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) menyempurnakan gimik pelancaran pada Program Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) hari ini. Turut kelihatan, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri Pahang, Datuk Seri Norolazali Sulaiman (kiri) dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim (kanan). Seramai 404 orang terdiri daripada masyarakat Orang Asli golongan B40 di daerah Bera telah dipilih untuk diberikan Lesen Motosikal B2 melalui tapisan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu warganegara Malaysia, tidak pernah memiliki sebarang lesen memandu, sihat tubuh badan dan mental, tiada kecacatan fizikal serta tidak disenarai hitam oleh JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Keputusan PRN Johor tidak jejas hubungan Kabinet – Ismail Sabri

BERA, 13 Mac : Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang besar semalam, diyakini tidak menjejaskan hubungan di peringkat kerajaan Persekutuan, yang meliputi menteri serta timbalan menteri daripada parti yang berbeza.

Perdana Menteri , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun mesyuarat Kabinet pertama selepas PRN itu hanya akan berlangsung minggu depan, namun beliau optimis bahawa semua anggotanya adalah profesional, dan dapat membuat keputusan baik demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat. 

“Kami profesional dan fokus kepada dasar serta isu negara…kami (Kabinet) profesional kerana di situ dasar negara perlu dibincangkan dan perlu diputuskan secara bersama, tidak ada isu bertelagah kerana berlainan parti. 

“Waktu PRN Melaka pun kami bertembung, dan tidak bawa pertembungan itu ke Kabinet. Di Johor, pertembungan juga sengit dan sebagainya, tapi juga ia tidak dibawa ke Kabinet. Saya berharap dan yakin,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) di sini hari ini. 

PRN Johor menyaksikan BN menang di 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Perikatan Nasional (PN) yang juga merupakan sebahagian daripada anggota Kabinet hanya memperoleh tiga kerusi, manakala Pakatan Harapan (11 kerusi) dan masing-masing satu kerusi bagi PKR dan MUDA.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan