Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
keputusan penuh PRN Johor
JOHOR BAHRU, 12 Mac -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad meraikan kejayaan BN dalam meraih majoriti pada Pilihan Raya Negeri Johor di Pejabat Perhubungan Umno Negeri Johor hari ini. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Keputusan penuh PRN Johor : BN (40) PH (13) PN (3)

KUCHING, 13 Mac : Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 Johor berdasarkan keputusan rasmi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, Pakatan Harapan (PH) pula menang 11 kerusi diikuti Perikatan Nasional (PN) yang mendapat tiga kerusi.

Katanya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Muda pula masing – masing menang satu kerusi.

” Peratusan keluar mengundi pada PRN Ke-15 Johor pula ialah sebanyak 54.92 peratus atau 1,426 573 orang yang meliputi pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos,” katanya menerusi kenyataan media.

Berdasarkan keputusan itu, BN menerusi UMNO menang sebanyak 33 kerusi, MCA (empat) dan MIC turut menyumbang tiga kerusi.

Kerusi yang dimenangi UMNO melibatkan DUN Buloh Kasap, Pemanis, Tenang, Bukit Pasir, Gambir, Serom, Bukit Naning ,Sungai Balang, Semerah, Sri Medan, Semarang, Parit Yaani, Parit Raja, Senggarang, Rengit, Machap ,Layang -Layang, Mahkota, Panti, Pasir Raja, Sedili dan Johor Lama.

UMNO turut menjadi pilihan pengundi di Penawar, Tanjung Surat, Tiram, Permas, Larkin, Kempas, Kota Iskandar, Bukit Permai, Benut, Pulai Sebatang dan Kukup.

MCA yang tewas semua kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 lalu bangkit apabila meraih kemenangan di DUN Bekok, Yong Peng,Paloh dan Pekan Nanas.

MIC menang di kerusi Kahang, Tenggaroh dan Kemelah.

PH , Muda dan PKR yang merupakan ‘gabungan mesra’ pula menang 13 kerusi dengan DAP menang 10 DUN iaitu Tengkak, Senai, Skudai,Perling, Stualang, Johor Jaya,Mengkibol dan Penggaram.

Sementara itu, PKR yang kalah teruk pada PRN Melaka dan PRN Sarawak penghujung tahun lepas menang satu kerusi DUN di Johor apabila mengekalkan Bukit Batu.

Amanah turut bertahan dengan satu kerusi menerusi kemenangan di DUN Simpang Jeram.

Amira Aisya Abd Aziz pula mencipta sejarah apabila menjadi calon Muda pertama menang kerusi pada PRN Johor apabila menawan kerusi panas iaitu DUN Puteri Wangsa dengan majoriti besar 7,114 undi.

Kemenangan PN menerusi dua calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di DUN Bukit Kepong dan Endau manakala Pas menang satu kerusi di Maharani.

Satu lagi komponen PN iaitu Parti Gerakan tewas di kesemua kerusi yang ditandinginya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan