Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
eric dibunuh
eric dibunuh

Bukan mayat Eric – Polis

ByTVS

KUCHING, 13 Mac : Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menafikan penemuan mayat kanak – kanak lelaki , Eric Chang Wei Jie di Muara Tebas seperti yang tular di aplikasi WhatsApp hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Merbin Lisa berkata, kehadiran anggotanya di situ bagi menyiasat kes berkenaan orang hilang yang lain.

“Tidak betul (penemuan mayat Eric),” katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Berhubung perkembangan siasatan kes Eric Chang, Merbin berkata, ketika ini siasatan menjurus pelbagai aspek.

Baca >>>  Eric Chang : Pasangan pengasuh berdepan hukuman mati

” Polis sedang mengumpul maklumat pelbagai sudut untuk melengkapkan siasatan kes ini,” katanya ketika dihubungi TVS.

Eric dilaporkan hilang pada pukul 9 pagi , Isnin lepas di rumah pengasuhnya di Taman Riverview, Bintawa.

Setakat ini, polis telah menahan empat individu termasuk ibu dan bapanya bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak – Kanak 2001. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan