Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Saingan suku akhir Kejohanan All England kali ini menjanjikan aksi perlawanan yang pasti menarik perhatian ramai peminat badminton, apabila pemain perseorangan lelaki nombor satu negara Lee Zii Jia akan berhadapan dengan pemain nombor dua dunia Kento Momota dari Jepun.
Lee Zii Jia. Foto: Bernama

Terbuka Jerman: Zii Jia mara ke separuh akhir

KUALA LUMPUR, 12 Mac: Jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia  menepati ramalan melangkah ke pentas separuh akhir Terbuka Jerman 2022 selepas menewaskan Zhao Junpeng dari China dalam aksi suku akhir hari ini.

Turun selaku pilihan kelima, Zii Jia menang mudah set pertama 21-12 namun pemain China yang menduduki ranking ke-38 dunia  itu cuba memberikan tentangan sengit pada set kedua, sebelum Zii Jia menang 21-18 dalam kejohanan berlangsung di Westenergie Sporthalle, Muelheim.

Pemain berusia 23 tahun di ranking ketujuh dunia itu dijangka akan membuat perhitungan bagi menentukan tempat ke final pada separuh akhir esok menentang pemenang satu lagi perlawanan suku akhir di antara Kenta Nishimoto  dari Jepun dengan Kunlavut Vitidsarn dari Thailand yang akan berlangsung lewat hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan