KUCHING, 12 Mac: Barisan Nasional disahkan menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 Johor setelah memenangi 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) setakat pukul 11.05 malam tadi.
Perkara itu disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi.
Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, BN memperolehi majoriti lebih 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan.
“Secara keseluruhannya, proses pengundian PRN Ke-15 Johor berjalan dengan baik dan lancar,” katanya menerusi kenyataan media. – TVS