Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tidak rasmi, Hasni pertahankan kerusi DUN Benut
PONTIAN, 12 Mac -- Calon Barisan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) N.53 Benut Datuk Hasni Mohammad menunjukkan jari yang sudah dicelup dengan dakwat kekal selepas mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Pengkalan Raja, Pekan Nanas hari ini. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

PRN Johor, tidak rasmi Menteri Besar Johor pertahankan kerusi DUN Benut

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 12 Mac: Keputusan tidak rasmi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut yang ditandingi Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad menunjukkan calon Barisan Nasional (BN) itu berjaya mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 lalu.

Difahamkan, setakat ini Hasni meraih 10,321 undi dengan meninggalkan pencabar terdekatnya, Isa Abd Hamid yang mewakili Perikatan Nasional (PN) yang mendapat 4,650 undi.

Calon Parti Keadilan Rakyat (PRK), Haniff Ghazali dengan 1,113 undi manakala Iskandar Noor Ibrahim yang ditampilkan Pejuang setakat ini hanya meraih 129 undi.

Bernama turut melaporkan keputusan tidak rasmi bahawa Hasni menang di kerusi berkenaan.

Pada 2018, Hasni menang di situ dengan meraih 9,480 undi sekaligus menewaskan calon Pakatan Harapan, Zulkifly Tasrep dan wakil Pas, Mohd Firdaus Jaafar dengan majoriti 4,447 undi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan