Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berpendapat tarikh pilihan raya diumumkan SPR bebas politik. Foto Bernama.

PRN Johor: Tidak rasmi BN dahului di 33 kerusi DUN

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 12 Mac: Barisan Nasional (BN) dikhabarkan sedang mendahului di sekurang – kurangnya 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas lebih dua jam proses pengiraan keputusan undian Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 Johor hari ini.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, BN meninggalkan pencabarnya di DUN Kukup, Kota Iskandar, Pekan Nanas, Pulai Sebatang, Benut, Rengit dan kerusi panas Puteri Wangsa yang berada di bahagian selatan Johor.

Prestasi BN juga dilihat meyakinkan apabila keputusan rasmi turut menunjukkan gabungan itu memimpin kiraan undi awal di enam kerusi DUN di bahagian timur Johor iaitu Tanjung Surat, Penawar, Johor Lama, Sedili, Tenggaroh dan Endau.

Pakatan Harapan (PH) pula memberi tentangan sengit di utara Johor apabila dikhabarkan sedang mendahului kiraan di Tangkak dan Jementah.

PH juga dijangka akan mengekalkan lima kerusi DUN di kawasan bandar membabitkan Johor Jaya, Stulang, Perling, Skudai dan Senai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan