Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
JOHOR BAHRU, 12 Mac (Bernama) -- Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, yang bermula 8 pagi tadi, tamat selepas 1,021 pusat mengundi ditutup sepenuhnya pada 6 petang ini.
JOHOR BAHRU, 12 Mac -- Anggota SPR menutup pintu pagar selepas tamat waktu mengundi PRN Johor bagi kerusi N.52 Senai di Sekolah Kebangsaan Senai hari ini. Proses pengundian PRN Johor bermula 8 pagi tadi dan seramai 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 pengundi berdaftar layak untuk menunaikan tanggungjawab mereka hari ini. PRN Johor kali ini menyaksikan seramai 239 calon daripada 15 parti politik bertanding. -- fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

PRN Johor: Pusat mengundi ditutup, kiraan undi sedang berlangsung

JOHOR BAHRU, 12 Mac: Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, yang bermula 8 pagi tadi, tamat selepas 1,021 pusat mengundi ditutup sepenuhnya pada 6 petang ini.

Sejurus selepas pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi dari 4,638 saluran dibawa ke 56 pusat penjumlahan undi sebelum keputusan rasmi PRN Johor diumumkan malam ini.

Sebanyak 36,729 kertas undi pos dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) manakala kira-kira 87 peratus atau 18,625 pengundi yang terdiri daripada anggota polis, tentera dan pasangan mereka telah menunaikan tanggungjawab dengan mengundi awal pada 8 Mac lepas.

PRN Johor kali ini menyaksikan 239 calon daripada 15 parti politik bertanding merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Seramai 2,539,606 pengundi biasa daripada sejumlah 2,597,742 pemilih berdaftar bagi PRN kali ini layak mengundi hari ini.  

Sehingga 4 petang tadi, separuh daripada jumlah pengundi biasa itu melaksanakan tanggungjawab mereka di pusat-pusat pengundian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan