Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
OPP Merapoh anak Peridy, dan Asing anak Andien

Polis IPD Tatau cari dua lelaki OPP gagal lapor diri

ByNurul Amarlina

KUCHING, 12 Mac: Polis Daerah Tatau sedang mengesan dua orang lelaki untuk membantu siasatan kes jenayah.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan (DSP) Jame Reis berkata, kedua-dua orang pengawasan polis (OPP) itu gagal hadir untuk melapor diri di Balai Polis Tatau pada hari yang ditetapkan.

“Mereka sepatutnya melaporkan diri pada 3 dan 7 Mac berdasarkan syarat-syarat perintah pengawasan polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kedua – dua OPP itu ialah Merapoh anak Peridy, 27, yang tinggal di Kampung Sungai Liku , Batu 8, Jalan Miri dan Asing anak Andien, 30, yang beralamat di HDC Flat Blok C No. L5-06, Bandaria Park, Bintulu.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kedua-dua suspek boleh menghubungi Penolong Pengawai Penyiasat , Sarjan Datu di talian 017-898 8659 atau IPD Tatau di talian 086-584615 atau mana-mana balai polis berhampiran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan