Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kolej Universiti i-CATS di Telaga Air turut sasar pelajar antarabangsa

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 12 Mac: Hasrat Kerajaan Sarawak mewujudkan kampus kedua Kolej Universiti i-CATS di Kampung Trombol, Telaga Air turut bertujuan untuk menarik pelajar antarabangsa melanjutkan pengajian tinggi di negeri ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pada masa sama, kampus berkenaan juga akan menyediakan lebih banyak peluang pendidikan kepada rakyat.

Kata beliau, Kolej Universiti i-CATS tidak akan mendiskriminasi dan sesiapa sahaja boleh memohon untuk mengikuti pengajian di situ.

” Walaupun ia terletak di kawasan pesisir, tidak wujud unsur pilih kasih kerana ia untuk semua masyarakat di Sarawak.

Kita juga menyasarkan pelajar dari luar negara datang mengikuti pelbagai program pengajian yang ditawarkan,” katanya.

Abang Johari berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Roland Sagah Wee Inn pada Majlis Konvokesyen Kolej Universiti i-CATS dan Kemahiran Sarawak ke-24 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini hari ini.

Jelasnya lagi, Kolej Universiti i-CATS sedang membangunkan pelbagai program di peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran bagi menyokong sektor ekonomi atau enjin pertumbuhan utama negeri ini.

“Program-program ini sejajar dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak 2030 (PCDS 2030).

Sebagai contoh, baru-baru ini ia telah melancarkan dua program iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Agroteknologi dan Ijazah Sarjana Muda Pelancongan dan Hospitaliti (Kepujian),” katanya.

i-CATS telah diiktiraf menjadi sebuah kolej universiti pada tahun lalu setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan