Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gangguan bekalan air selama 11 jam di Sibu Kredit: Sibu Water Board

Gangguan bekalan air selama 11 jam di Sibu

Kredit gambar: Sibu Water Board

SIBU, 12 Mac: Sebahagian besar penduduk Sibu dijangka akan mengalami masalah gangguan bekalan air selama 11 jam bermula jam 3.00 petang tadi.

Lembaga Air Sibu (LAS) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, gangguan air berjadual itu berlaku disebabkan kebocoran di paip utama 24 Mild Steel susulan kerja-kerja dilakukan oleh kontraktor Sarawak Energy Berhad berhampiran Sekolah Menengah Sacred Heart di Jalan Dr. Wong Soon Kai.

Menurut LAS, mereka akan berusaha untuk membaiki kebocoran paip tersebut secepat mungkin.

Berikut merupakan kawasan – kawasan yang terjejas.

Jalan Hulu Lanang sehingga Tanjung Kunyit, Jalan Lanang, Jalan Tekam, Jalan Kampung Nyabor, Jalan Keranji, Jalan Brooke Drive, Jalan Brother Albinus, Jalan Dr Wong Soon Kai, Lorong Oya 13, Jalan Tiong Hua, Jalan Hua Kiew, Jalan Delta, Hilir Kampung, Kampung Nangka, Stesen Booster Deshon (Jalan Apollo, Jalan Lilin, Jalan Sungai Merah, Jalan Kuang, Lorong Ulu Sungai Merah 1, 2, 8, 29 dan 31, Jalan Kwong Ann, Jalan Teng Chin Hua, Jalan Lapangan Terbang Lama, Jalan Ding Lik Kong, Jalan Teku Lama, Jalan Teku Barat, Jalan Disa, Jalan Wawasan, IPD Polis Sungai Merah), Stesen Booster Teku (Jalan Kuari, Jalan Indah, Jala nMiden, Jalan Setia, Jalan Serai, Jalan Tebu, Jalan Teku, Jalan Rantau Panjang, Jalan Rantau Panjang Jaya, Jalan Teku Pasai), Sungai Maaw, Stesen Booster Barat Sibu (Jalan Empawah dan Bawang Assan). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan