Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dua maut, sembilan cedera SUV rempuh restoran di AS

ByBernama

Kredit gambar: AP

WASHINGTON, 12 Mac: Dua wanita maut manakala sembilan lagi cedera selepas sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) merempuh ruang makan terbuka sebuah restoran di barat laut Washington, D.C. pada Jumaat, lapor Xinhua.

Siasatan awal mendapati SUV yang dipandu oleh seorang lelaki warga emas hilang kawalan sebelum merempuh restoran berkenaan, kata Komander Duncan Bedlion, Jabatan Polis Metropolitan.

“Bukti menunjukkan kemalangan ini tidak disengajakan,” kata Bedlion.

Lapan mangsa cedera dibawa ke hospital dan lima daripadanya dalam keadaan kritikal, termasuk dua wanita yang kemudian disahkan meninggal dunia.

Nahas berlaku sekitar 12:18 tengah hari ketika kebanyakan pelanggan sedang menjamu selera di luar Parthenon, sebuah restoran Greek dan ruang rehat bersebelahan kejiranan Chevy Chase berhampiran Maryland. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan