Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID-19: Lagi warga emas jadi korban di Sarawak

KUCHING, 12 Mac: Seorang wanita warga emas yang mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, dislipidemia dan jantung disahkan menjadi korban baharu akibat jangkitan COVID-19 di negeri ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, mangsa yang berusia 69 tahun meninggal dunia di Hospital Mukah pada Khamis lepas.

Sementara itu, JPBN turut memaklumkan jumlah kes positif baharu hari ini mencatatkan sedikit penurunan iaitu sebanyak 1,427 kes berbanding semalam, 1,745 kes.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Sarawak mencecah 277,277 kes sejak pandemik ini diisytiharkan.

Sementara itu, Daerah Kuching kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 540 kes, diikuti Miri 144 kes, Sibu 126 kes dan Bintulu 116 kes.

Tiada pertambahan kluster dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kluster aktif kekal enam kluster. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan