Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

585 babi dilupuskan di Miri, kekang wabak ASF

KUCHING, 12 Mac: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak telah melupuskan 585 ekor babi dalam operasi bersepadu selama dua hari di Miri bermula pada Khamis lepas.

Operasi tersebut dijalankan susulan pengesanan wabak Demam Babi Afrika (ASF) yang menular di dua ladang babi berlesen di Miri.

Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, operasi itu dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak berkenaan.

Katanya, proses seterusnya termasuk melakukan kerja-kerja sanitasi ladang bagi memastikan penularan wabak itu dapat dikawal dengan efektif.

“Pada masa sama, saya ingin menasihatkan orang awam supaya mencari saluran maklumat yang betul sekiranya mempunyai sebarang persoalan berkenaan wabak ASF ini,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Ujar beliau, sumber maklumat terkini boleh diperolehi daripada laman sesawang rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak atau menghubungi Pejabat Perkhidmatan Veterinar yang terdekat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan