KUALA LUMPUR, 11 Mac: Mangsa keempat dan kelima tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang, di sini, ditemukan dan disahkan meninggal dunia.
Kedua-kedua lelaki itu merupakan korban ketiga dan keempat dalam insiden tanah runtuh. Sebelum itu seorang wanita warga emas dan seorang lelaki turut maut manakala seorang lelaki cedera.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata kedua-dua mangsa merupakan lelaki warga tempatan dengan seorang daripada mangsa merupakan pekerja Syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.
Beliau berkata mangsa keempat ditemukan pada pukul 12.46 tengah malam manakala mangsa kelima dijumpai pada pukul 1.59 awal pagi ini.
Identiti kesemua mangsa yang meninggal dunia masih belum dikenal pasti, katanya.
“Oleh itu, operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa ditamatkan pada awal pagi ini,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian. – TVS