Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Empat ditahan bantu siasatan kes kanak-kanak hilang

KUCHING, 11 Mac: Empat individu ditahan polis bagi membantu siasatan kes kehilangan seorang kanak-kanak lelaki di Bintawa pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, kesemua yang ditahan merupakan rakyat tempatan berusia 24 hingga 49 tahun.

Katanya, semakan mendapati kesemua suspek mempunyai 17 rekod jenayah lampau membabitkan penyalahgunaan dadah, jenayah harta benda dan jenayah komersial.

“Hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan mendapati kesemua suspek positif dadah jenis syabu,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu, polis akan memohon perintah reman di Mahkamah Majistret Kuching terhadap kesemua suspek.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan, polis turut menubuhkan satu pasukan khas bagi memperluaskan usaha pencarian kanak-kanak tersebut.

Sementara itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung mangsa boleh menghubungi Inspektor Hasmah Abdul Jalil menerusi talian 013-6852210 atau menghubungi balai Polis berdekatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan