Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Usaha dapatkan hak Sarawak menerusi MA63 berterusan

KUCHING, 10 Mac: Kerajaan negeri komited untuk terus mendapatkan kembali hak Sarawak seperti termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Datu Len Talif Salleh berkata, Sarawak di bawah pentadbiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melakukan proses berkenaan secara berperingkat dan tidak terburu-buru.

Katanya, melalui rundingan yang berhemah bersama Kerajaan Persekutuan, proses berkenaan setakat ini dapat dilaksanakan dengan baik.

“Saya memberi contoh, perubahan nama jawatan Ketua Menteri kepada Premier Sarawak bermula pada 1 Mac lalu, merupakan satu usaha di bawah MA63 yang membolehkan Sarawak melaksanakan perubahan mengikut undang-undang.

“Ini merupakan pendekatan di bawah MA63, yang mana kita (Sarawak) mempunyai hak mengubah nama jawatan (Ketua Menteri) mengikut undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 KTN dan lesen pendudukan sementara bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Katibas di Balai Raya Song semalam.

Pada majlis itu, seramai 189 penerima di DUN berkenaan telah menerima surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri manakala 122 orang lagi menerima lesen pendudukan sementara dibawah skim penempatan semula (SPS) Fasa 1 SPS Song, Fasa 2 dan skim pembesaran kampung (SPK) Song Fasa 2.

Len Talif berkata, Sarawak akan berusaha membawa lebih banyak perubahan mengikut MA63 terutamanya melibatkan hak -hak yang terhakis dan mengikut undang-undang yang sedia ada.

“Ini akan membezakan Sarawak sebagai sebuah wilayah yang mempunyai keistimewaan statusnya yang tersendiri,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan