KUALA LUMPUR, 10 Mac: Tiga orang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang di sini hari ini yang melibatkan 15 rumah dan 10 kereta.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata sebuah jentera dengan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan dikerah ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.54 petang.
“Menurut maklumat awal (daripada) pemanggil, seramai empat individu dikhuatiri tertimbus dan pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan seorang mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan. – TVS