Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak terima pelaburan diluluskan RM25.7 bilion pada 2021

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 10 Mac: Di sebalik persekitaran ekonomi global yang tidak menentu ekoran pandemik COVID-19 mencapai titik kritikal pada tahun lepas, prospek pelaburan Malaysia dilihat terus berdaya tahan apabila mencatatkan peningkatan pelaburan diluluskan mencecah 83.1 peratus.

Menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), jumlah keseluruhan kelulusan pelaburan pada 2021 mencecah RM306.5 bilion dengan sektor pembuatan menjadi penyumbang tertinggi iaitu sebanyak RM195.1 bilion.

Pada Disember, ketika membentangkan Laporan Prestasi Pelaburan Malaysia (Januari – September), MIDA memaklumkan Malaysia menerima keseluruhan pelaburan diluluskan berjumlah RM177.8 bilion iaitu peningkatan sebanyak 51.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Prestasi keseluruhan pada tahun lepas juga menyaksikan sektor perkhidmat menerima pelaburan diluluskan sebanyak RM94.1 bilion manakala sektor utama lain menyumbang RM17.3 bilion,” jelas MIDA.

Sementara itu, berdasarkan prestasi negeri-negeri yang menerima pelaburan diluluskan tertinggi, Sarawak berjaya menempatkan diri pada kedudukan lima teratas apabila merekodkan kelulusan pelaburan RM25.7 bilion bagi tempoh 12 bulan bermula Januari 2021.

Bagi tempoh Januari hingga September, Sarawak muncul negeri kedua yang menerima pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi berjumlah RM23.9 bilion.

Prestasi keseluruhan bagi pelaburan diluluskan juga menurut MIDA menyaksikan pasaran – pasaran di utara tanah air dilihat terus menarik minat pelabur asing.

Ini dibuktikan apabila Pulau Pinang menduduki tempat teratas apabila mencatatkan RM83.5 bilion dan diikuti Kedah iaitu sebanyak RM68.3 bilion pelaburan diluluskan.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan RM37.7 bilion, diikuti Selangor (RM28.8 bilion) dan Sarawak melengkapkan senarai lima teratas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan