Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Petronas dicadang pindah ibu pejabat ke Miri
Petronas dicadang pindah ibu pejabat ke Miri

Sarawak cadang Petronas pindah ibu pejabat ke Miri

KUCHING, 10 Mac: Kerajaan Sarawak mencadangkan supaya Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) memindahkan operasi ibu pejabatnya ke Miri.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, sekiranya syarikat minyak negara itu berbuat demikian, ia berupaya menjadikan Miri sebagai hab utama bagi industri minyak dan gas Malaysia.

Katanya, sebelum ini, syarikat multinasional Shell Malaysia telah memindahkan pusat operasi serantaunya di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu, Sabah ke Miri sekaligus merancakkan lagi kegiatan ekonomi di bandar utara Sarawak itu.

“Saya mengusulkan cadangan ini memandangkan Miri merupakan tempat bermulanya industri minyak dan gas negara.

“Sehubungan itu, adalah tepat untuk operasi ibu pejabat syarikat minyak dan gas negara berpusat di Miri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita kepada selepas merasmikan Legal Engagement Programme with Sarawak Rivers Board (SRB) Enforcement Officers semalam.

Pada masa sama, Kim Shin berkata, Petronas juga mempunyai sumber manusia yang ramai di Miri sekaligus akan melancarkan operasinya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan