Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Penerima jantung babi pertama di dunia meninggal dunia

ByBernama

WASHINGTON, 10 Mac: Lelaki warga Amerika Syarikat yang menjadi individu pertama di dunia menerima jantung babi dilaporkan meninggal dunia, dua bulan selepas menjalani pembedahan itu.

David Bennett, 57, menghembuskan nafas terakhir pada Selasa di Pusat Perubatan Universiti Maryland (PPUM).

Doktor tidak memberikan punca sebenar kematian dan hanya mengatakan keadaan pesakit mulai merosot beberapa hari sebelumnya, lapor Xinhua.

“Tiada punca jelas yang dikenal pasti semasa kematiannya,” kata jurucakap hospital.

Bennett menjalani pembedahan itu pada 7 Januari.

Bennet dianggap tidak layak untuk pemindahan jantung konvensional dan pembedahan pindah jantung babi itu merupakan satu-satunya pilihan yang ada padanya pada masa itu, menurut PPUM. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found