Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tayar lori terbakar
Tayar lori terbakar

Pemandu cemas, tayar belakang lori sedang dipandu terbakar 

BINTULU, 10 Mac: Seorang pemandu lori berdepan detik cemas apabila tayar belakang kenderaan berat dipandunya itu tiba-tiba terbakar dalam kejadian di Batu 15, Jalan Bintulu-Miri hari ini. 

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), Zon Bintulu, Penguasa Kanan Bomba II, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.15 tengah hari tadi.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, kami mendapati tayar belakang lori jenis Nissan Hino sedang terbakar.

“Pihak bomba seterusnya bertindak memadamkan kebakaran dengan menggunakan hos salur bantu daripada pam jentera bomba,” katanya dalam satu kenyataan. 

Sementara itu, beliau memberitahu, pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan