Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak raih emas acara berpasukan remaja lelaki
Sarawak raih emas acara berpasukan remaja lelaki

Pasukan boling remaja lelaki Sarawak sambar emas, tewaskan Johor

ByFirdaus Ismail

Kredit gambar: Persatuan Tenpin Boling Sarawak

KUCHING, 10 Mac: Sarawak menutup kempen Kejohanan Boling Antara Negeri 2022 di Petaling Jaya dengan menyambar pingat emas acara berpasukan remaja lelaki dan perak remaja perempuan, petang semalam.

Gandingan Abang Afiq Yazid Abang Azman, Tsen Fan Yew, Mohd Zuhayr Reza Noor Azrul dan Musayyar Khalid menamatkan blok kedua acara itu dengan 4,622 pin, jauh meninggalkan Johor yang mengumpul 4,468 pin.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) pula membawa pulang pingat gangsa.

Kategori remaja perempuan pula menyaksikan Sabah muncul juara selepas membenam 4,483 pin.

Sarawak yang dibarisi Lavinia Kho, Dayang Yumi Azreen, Nur Aina Kamalia dan Nur Hazirah cuba melakukan kebangkitan dalam permainan terakhir apabila mengumpul 887 jatuhan pin berbanding 692 pin yang dilakukan Sabah namun terpaksa akur dengan kekurangan 97 pin untuk pingat emas.

WPKL pula membawa pulang pingat gangsa.

Bagi kategori utama, pemain kebangsaan, Nerosha Keligit menamatkan acara all event dengan 3,622 pin untuk pingat perak, ketinggalan 14 pin di belakang Natasha Roslan dari Selangor yang membawa pulang pingat emas manakala gangsa diraih Syazana Aqilah Luqman dari Negeri Sembilan.

Terdahulu, Nerosha terpaksa melupakan impian untuk meraih pingat dalam acara berpasukan wanita berikutan rakan sepasukannya, Gillian Lim menarik diri selepas hari pertama kejohanan kerana perlu menjalani kuarantin.

Saingan sengit berpasukan lelaki pula menyaksikan kuarter Sarawak dibarisi Bong Kihow, Daniel Tan, Abner Loo dan Chong Jun Foo berpuas hati dengan pingat gangsa selepas mengumpul 4,471 jatuhan pin.

Seperti diramal, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dibarisi dua bekas juara dunia, Rafiq Ismail dan Syafiq Ridwan serta diperkuatkan dengan juara Asia dua kali, Timmy Tan dan Hafiz Zainuddin terlalu unggul untuk dicabar apabila meraih emas acara berkenaan dengan himpunan 4,730 pin.

Wilayah Persekutuan Putrajaya meraih perak dengan catatan 4,472 pin, hanya satu pin mengatasi Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan