Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan

KKM rampas 531 ubat-ubatan, produk kesihatan dan kosmetik tidak berdaftar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 Mac: Kementerian Kesihatan (KKM) merampas 531 ubat-ubatan, produk kesihatan dan kosmetik tidak berdaftar dianggarkan bernilai RM152,213 menerusi Op Majestic yang dijalankan di sekitar ibu negara.

Pengarah Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya Dr Nor’Aishah Abu Bakar berkata serbuan dilakukan ke atas tujuh premis perniagaan termasuk sebuah dispensari haram di Jalan Tun Tan Siew Sin, yang menjadi tumpuan terutama dalam kalangan bukan warganegara.

Beliau berkata produk tidak berdaftar dengan KKM yang dirampas itu termasuk ubat-ubatan disyaki mengandungi racun disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Racun 1952 seperti antibiotik, antihistamin dan tahan sakit.

“Produk tersebut dipamerkan secara terbuka di dalam premis dan ada juga yang disorok di sebalik pelbagai produk barangan am,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Dr Nor’Aishah berkata operasi berdasarkan pemantauan ke atas premis sasaran dan aduan orang awam itu melibatkan 45 Pegawai Penguatkuasa Farmasi dari Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Ibu Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM.

Katanya siasatan lanjut dijalankan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan jika sabit kesalahan, pihak berkaitan boleh didenda sehingga RM50,000 bagi kesalahan pertama dan RM100,000 bagi kesalahan berikutnya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar membuat semakan kesahihan nombor pendaftaran produk atau notifikasi kosmetik dengan melayari www.npra.moh.gov.my atau menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-7883 5400. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan