KUALA LUMPUR, 10 Mac: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin semalam mengadakan pertemuan dengan lebih 80 peserta daripada komuniti perniagaan dan kedutaan asing pada sesi ‘Kuala Lumpur Business Club (KLBC) Fireside Chat’, semalam.
Acara hibrid yang berlangsung selama hampir dua satu jam itu bertujuan memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai prosedur operasi standard (SOP) untuk pelancong perniagaan asing sebagai persediaan bagi pembukaan semula sempadan negara bulan depan di bawah fasa peralihan ke endemik.
Antara yang hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi Britain di Malaysia, Charles Hay; Pesuruhjaya Tinggi Kanada di Malaysia, Wayne Robson; Pesuruhjaya Tinggi New Zealand di Malaysia, Pam Dunn; Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia, Michael Newbill; dan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia, Hannah Birdsey.
Sesi itu dimudah cara oleh Presiden KLBC, Datuk Mohammad Faiz Azmi.
Khairy turut menjelaskan mengenai perkembangan terkini pelaksanaan program vaksinasi dan kadar pemberian vaksin di Malaysia kepada peserta sebelum menjawab pertanyaan mereka. – TVS