Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kebenaran teman isteri bersalin tertakluk kepada syarat

KUALA LUMPUR, 10 Mac: Kebenaran bagi suami atau waris terdekat menemani isteri atau ibu hamil semasa proses kelahiran anak di wad bersalin telah berkuat kuasa sejak Oktober 2021.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi perkongsian dalam laman Facebook rasminya, memaklumkan kebenaran tersebut tertakluk kepada syarat-syarat tertentu dan pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Garis panduan tersebut bersifat dinamik bergantung kepada situasi COVID-19 semasa dan pelaksanaannya di hospital tertakluk kepada kapasiti atau kekangan tertentu, untuk memastikan aspek penjagaan rawatan pesakit dan keselamatan pesakit serta petugas kesihatan diutamakan.

“KKM sangat prihatin dan teliti dalam pelaksanaan polisi ini bagi memastikan wanita hamil serta bayi lahir terjaga kerana mereka merupakan golongan yang berisiko tinggi terhadap jangkitan COVID-19,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihati agar menyemak dengan hospital terdekat mengenai polisi kebenaran menemani isteri di wad bersalin.

Sementara itu, bagi suami atau ahli keluarga yang ingin menemani ibu hamil di wad bersalin, perlu melengkapkan vaksinasi COVID-19 iaitu 14 hari selepas menerima dos kedua vaksin Pfizer, Sinovac dan Astra zeneca atau 28 hari selepas menerima vaksin Cansino dan Johnson dan Johnson.

Selain itu, mereka juga perlu menjalani ujian pengesanan COVID-19 dalam tempoh 72 jam dan membawa keputusan ujian ke hospital atau membeli kit ujian kendiri dan menjalani ujian pegesanan di tempat saringan yang telah disediakan di hospital. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan