Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua lelaki sesat di Jamoreng ditemui selamat.
Dua lelaki sesat di Jamoreng ditemui selamat.

Dua lelaki sesat empat hari dalam hutan ‘bertahan’ hidup makan pucuk midin

Laporan tambahan oleh Yazid Ibrahim

MUKAH, 10 Mac: Pucuk midin menjadi ‘menu penyelamat’ kepada dua lelaki yang sesat sejak Ahad lalu dalam hutan berhampiran Kampung Jemoreng.

Selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilancarkan sejak Isnin lalu ‘buntu’, kedua-dua mangsa iaitu Mohamad Kael Abdullah, 30, dan rakannya, Nazif Qabil Muhimin, 15, yang masuk ke hutan untuk mencari asam paya berjaya ‘keluar sendiri’ petang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Matu, Jumaat Akasas berkata, mereka berdua ditemui oleh orang awam pada pukul 7.45 malam tadi.

Katanya, mangsa memberitahu, pada hari kejadian, mereka masuk sejauh dua kilometer (km) ke dalam hutan dari Jalan Utama Jomereng Bawang dan meneruskan perjalanan ke Jalan Passing.

“Selepas menyedari sesat, mereka telah menyalakan unggun api sebagai isyarat untuk meminta bantuan,” katanya.

Katanya, kedua-dua mangsa semalam dibawa berehat di rumah penghulu di kampung berkenaan sempat berkongsi cerita tentang pengalaman sesat di hutan.

Jumaat berkata, pada hari pertama sesat, kedua-dua mangsa memberitahu, mereka mendengar bunyi gergaji tetapi terlalu jauh dari jarak mereka berada.

“Mereka juga memberitahu terdengar bunyi laungan azan dan letupan mercun,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat ((BBP) Daro, Pegawai Bomba Kanan I, Mohd. Noor Abdullah berkata, mangsa dijumpai kira- kira dua kilometer (km) dari Pusat Kawalan Operasi Bomba (PKOB).

“Ketika ditemui, mangsa dalam keadaan selamat dan sihat, cuma agak keletihan,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan penemuan itu, operasi SAR ditamatkan pada jam 9.30 malam.

Berita penemuan kedua-dua lelaki itu turut mendapat perhatian Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya.

“Dua lelaki yang sesat selama empat hari di Jemoreng telah selamat dijumpai dalam keadaan sihat,” katanya dalam satu hantaran ringkas di laman Facebook rasmi beliau.

Laporan kehilangan mangsa dibuat di Balai Polis Daro sebelum operasi SAR dilancarkan pada keesokan harinya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan