KUCHING, 9 Mac: Perusahaan ternakan udang kara air tawar di Sarawak miliki potensi besar membawa pulangan yang lumayan.
Menteri Permodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Stephen Rundi Utom berkata ini terbukti apabila perusahaan yang diusahakan sekumpulan anak muda tempatan telah berjaya menembusi pasaran luar negara.
“Bagi menyokong usaha syarikat berkenaan, kerajaan negeri membenarkan ia beroperasi di atas tanah seluas 2.1 hektar secara pajakan selama 10 tahun,”
Dalam masa yang sama, beliau juga berharap syarikat tersebut dapat membantu pengusaha-pengusaha lain yang menceburi bidang yang sama.
Sementara itu, ternakan udang kara air tawar telah mendapat permintaan tinggi dari negara luar seperti Korea Selatan, China dan Hong Kong. – TVS