Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KOTA KINABALU, 9 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini menahan seorang bekas pengarah sebuah jabatan kerajaan negeri kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1.2 juta membabitkan kerja-kerja perkhidmatan daripada dua syarikat.
KOTA KINABALU, 9 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini menahan seorang bekas pengarah sebuah jabatan kerajaan negeri kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1.2 juta membabitkan kerja-kerja perkhidmatan daripada dua syarikat.

SPRM Sabah tahan bekas pengarah minta, terima rasuah RM1.2 juta

KOTA KINABALU, 9 Mac: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini menahan seorang bekas pengarah sebuah jabatan kerajaan negeri kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1.2 juta membabitkan kerja-kerja perkhidmatan daripada dua syarikat.

Sumber memberitahu lelaki berumur lingkungan 50-an itu ditahan di pejabat SPRM di Kota Kinabalu di sini kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Suspek yang kini berkhidmat dengan sebuah agensi kerajaan lain disyaki menerima habuan itu sebagai balasan memberi projek perkhidmatan penundaan antara 2017 hingga 2018.

Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi pemberita mengesahkan penahanan itu dan berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

“Suspek dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu dalam masa terdekat,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan