Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Satu pin jadi pemisah emas buat Sarawak
Satu pin jadi pemisah emas buat Sarawak

Satu pin jadi pemisah emas buat Sarawak

Kredit gambar: Persatuan Tenpin Boling Sarawak

KUCHING, 9 Mac: Sarawak hampir meraih emas pertama pada Kejohanan Boling Antara Negeri 2022 semalam, namun satu pin menjadi pemisah buat gandingan Dayang Yumi Azreen dan Lavinia Kho Jia Jie untuk ditabalkan sebagai juara.

Berlangsung sengit di Pusat Boling Megalanes, Bandar Sunway petang semalam, wakil Sarawak itu bermula dengan baik dalam acara beregu apabila menjatuhkan 370, 373 dan 408 pin dalam tiga perlawanan awal sambil dicabar oleh Sabah dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Begitupun menuju permainan akhir, pasangan kembar yang juga anggota skuad pelapis kebangsaan, Nurul Ayunni Junaidi dan Nurul Alyssa Junaidi yang mewakili Sabah berjaya mengawal saingan apabila menjatuhkan 2,254 pin untuk merampas pingat emas.

Dayang Yumi Azreen dan Lavinia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas menjatuhkan 347 pin dalam permainan terakhir untuk mata keseluruhan 2,253 pin.

Satu lagi wakil Sarawak, Nur Aina Kamalia Abdul Ayub dan Nur Hazirah Ramli pula membawa pulang pingat gangsa.

Dalam kategori lelaki, Tsen Fan Yew dan Abang Afiq Yazid turut menyumbang pingat gangsa selepas menamatkan enam permainan dengan 2,319 pin.

Emas diraih oleh Pulau Pinang manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menduduki tempat kedua. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan