Kredit gambar: Facebook Johor Southern Tiger
KUCHING, 10 Mac: Hasrat Sarawak United FC untuk ‘mencuri’ mata di Stadium Sultan Ismail ketika mencabar penyandang juara, Liga Super, Johor Darul Takzim berakhir dengan kekecewaan apabila mengalami kekalahan besar 0-6 dalam perlawanan kedua Liga Super semalam.
Bertambah malang, skuad kendalian B. Sathianathan turut hilang seorang tenaga di tengah padang ketika menentang Harimau Selatan apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-61.
Ini berikutan pemain gantian, Raja Imran Shah Raja Amin dilayangkan kad kuning kedua.
JDT membuka jaringan pada minit ke-15 dan menutup malang gemilang mereka dengan gol keenam oleh Safawi Rashid pada minit ke-81.
Sementara itu, pasukan jiran, Sabah FC mencatatkan kemenangan 3-1 bertemu PJ City FC di Stadium Likas.
Satu lagi perlawanan menyaksikan Kedah Darul Aman FC menewaskan KL City FC 3-2 di Alor Setar. – TVS