Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
IPOH: Pengarah JBPM Perak Azmi Osman memberi kata-kata semangat kepada Wak Uda Bahkim, 41, isteri mangsa yang hilang dikhuatiri tertimbus ketika ditemui dalam kejadian runtuhan batu kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands hari ini.
IPOH: Pengarah JBPM Perak Azmi Osman memberi kata-kata semangat kepada Wak Uda Bahkim, 41, isteri mangsa yang hilang dikhuatiri tertimbus ketika ditemui dalam kejadian runtuhan batu kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands hari ini.

Runtuhan kuari: Dua masih tertimbus, dipercayai berada berhampiran sewaktu kejadian

ByBernama

IPOH, 9 Mac: Dua mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, semalam, dipercayai berada berhampiran antara satu sama lain sewaktu kejadian tersebut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Azmi Osman berkata menurut saksi, kedua-dua mangsa berada berdekatan iaitu seorang pemandu ekskavator dan seorang lagi pembantunya.

“Bagaimanapun, sehingga kini kita masih belum dapat mengesan lokasi sebenar kedua-dua mangsa tetapi kita telah pun merangka kedudukan ekskavator berkenaan berdasarkan kepada keterangan dua saksi yang terselamat semalam,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Menurutnya, anggaran awal pihaknya menjangkakan kedua-dua mangsa tersebut, Kheow Loo Siew Soon, 49, dan Itam Lasoh, 43, dipercayai tertimbus pada kedalaman 10 hingga 12 meter di bawah runtuhan kuari tersebut.

Dalam pada itu, Azmi berkata pihaknya menggunakan peralatan khas yang diperoleh daripada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) untuk mengesan pergerakan tanah di sekitar lokasi kejadian.

Beliau berkata peralatan khas itu digunakan bagi memastikan pasukan keselamatan yang melaksanakan operasi mencari dan menyelamat berada dalam keadaan selamat dan tidak berbahaya.

“Kita juga menggunakan dua ekskavator untuk mengalihkan runtuhan bongkah batu yang sehingga kini kerja-kerja pelaksanaannya lebih kurang 25 meter untuk membuka laluan ke lokasi mangsa dipercayai tertimbus.

“Proses ini juga akan mengambil masa agak lama bergantung kepada keadaan cuaca, jika hujan kita terpaksa memberhentikan proses mencari dan menyelamat selain kita akan mendapatkan khidmat nasihat daripada JMG (Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia) berkaitan dengan struktur bukit,” katanya.

Azmi berkata operasi mencari dan menyelamat yang masuk hari kedua hari ini akan diteruskan selewat-lewatnya hingga pukul 7 malam ini, namun bergantung kepada faktor cuaca.

Dalam kejadian pada pukul 9.15 pagi semalam, selain dua mangsa dipercayai tertimbus itu, terdapat dua mangsa cedera iaitu Mohd Razli Suhaimi, 35, mengalami patah tulang kaki serta Pan Tam, 38, yang hanya cedera ringan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan