Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lelaki tersepit lebih sejam, pacuan empat roda dipandu terbabas

BINTULU, 9 Mac: Seorang pemandu kereta pacuan empat roda terpaksa menahan sakit lebih sejam selepas tersepit dalam kenderaannya akibat terlibat dalam kemalangan di Jalan SGP, Samalaju, di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu, Timbalan Penguasa Bomba 1, Christus Buson berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 6.45 pagi.

Setibanya di lokasi kejadian pada pukul 7.26 pagi katanya, Bomba mendapati dua buah kereta iaitu jenis Toyota Hilux dan Nissan Almera itu dipercayai bertembung sehingga menyebabkan terbabas dalam kawasan semak di tepi jalan.

” Anggota Bomba mengambil masa kira – kira 12 minit untuk mengeluarkan pemandu lelaki berusia 54 tahun itu yang tersepit di tempat duduknya,” katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Beliau memberitahu, pemandu sebuah lagi kenderaan yang berusia 23 tahun hanya mengalami kecederaan ringan dan berjaya keluar sendiri daripada kenderaannya.

Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Bintulu untuk menerima rawatan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan