Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
JAKARTA, 9 Mac (Bernama) -- Banjir buruk yang melanda daerah Pasuruan, wilayah Jawa Timur menyebabkan empat rumah runtuh dan menenggelami 875 kediaman.
JAKARTA, 9 Mac (Bernama) -- Banjir buruk yang melanda daerah Pasuruan, wilayah Jawa Timur menyebabkan empat rumah runtuh dan menenggelami 875 kediaman.

Banjir di Timur Jawa jejaskan 2,000 penduduk, seorang maut

Kredit gambar: Warta Bromo

JAKARTA, 9 Mac: Banjir buruk yang melanda daerah Pasuruan, wilayah Jawa Timur menyebabkan empat rumah runtuh dan menenggelami 875 kediaman.

Jurucakap Lembaga Pengurusan Bencana Indonesia, Abdul Muhari, berkata kira-kira 2,093 orang daripada 509 keluarga terjejas.

Hujan lebat sejak 6 petang waktu Barat Indonesia pada Selasa, mengakibatkan banjir dan paras air mencecah 150 sentimeter di tiga mukim, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Daerah Malang di Jawa Timur turut dilanda banjir dan sekurang-kurangnya seorang dilaporkan maut di kampung Srigading, mukim Lawang. 

Hujan lebat di kawasan itu sejak 3.30 petang Selasa mencetuskan banjir kilat  dan turut menyebabkan kerosakan harta benda, manakala lebuh raya tol Surabaya-Malang di kilometer 77-79 tergendala sementara waktu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan