Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pembukaan sempadan negara tindakan tepat – Abdul Karim

KUCHING, 9 Mac: Pengumuman negara akan memasuki Fasa ‘Peralihan ke Endemik’ dan pembukaan semula sempadan pada 1 April dilihat sebagai satu tindakan yang tepat kerana secara ekonominya negara tidak mampu untuk terus menutup sempadannya.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Pesembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, tindakan yang sama telah pun diambil oleh beberapa negara lain di seluruh dunia, selepas dua tahun dilanda COVID-19.

“Australia telah buka sempadan mereka pada 12 Feb, juga Filipina serta negara jiran Indonesia dan Singapura. Kita perlu terima kenyataan bahawa COVID-19 akan sentiasa ada, tetapi dengan langkah-langkah berjaga-jaga, perang kita terhadap peningkatan kes, akan tamat tidak lama lagi,” katanya mengulas pengumuman Perdana Menteri itu.

Beliau berkata kerajaan Sarawak adalah antara beberapa kerajaan negeri yang telah merangka Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) dalam usaha berterusannya memastikan agenda pembangunan negeri masih mengikut yang dirancang dalam jangka masa panjang.

“Kita memerlukan perkara yang baik ini kerana kehidupan orang ramai dipertaruhkan dan bersama-sama kita perlu terus kerja keras bagi memastikan kehidupan setiap orang kembali normal,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan bahawa negara akan memasuki Fasa ‘Peralihan ke Endemik’ dan membuka semula sempadan bermula 1 April.

Ismail Sabri berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor, melakukan penilaian risiko, mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan serta meneliti syor daripada Menteri Kuartet. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan