Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KWSP
KWSP

Malaysia masuk fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ mulai 1 April – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 8 Mac : Negara akan masuk fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ bermula 1 April 2022, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ ini merupakan ‘exit strategy’ untuk membolehkan rakyat Malaysia kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas hampir dua tahun berperang dengan COVID-19.

“Fasa ini juga merupakan fasa sementara sebelum negara beralih ke Fasa Endemik yang mana ia tertakluk kepada pengumuman yang hanya boleh dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO),” katanya pada sidang media di sini, hari ini. 

Ismail Sabri berkata, keputusan tersebut telah mengambil kira pelbagai faktor iaitu melakukan penilaian risiko, mendapatkan pandangan Kesihatan Malaysia (KKM) serta meneliti syor daripada Menteri Kuartet bagi memasuki fasa ‘Peralihan Ke Endemik’. 

Antara perkara lain akan dikuatkuasakan mulai 1 April 2022:

i. Pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam masih wajib dipatuhi oleh setiap individu.

ii. Had waktu beroperasi bagi premis perniagaan dimansuhkan. Pemilik premis dibolehkan melaksanakan waktu operasi premis masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis. Ini bermakna anda semua bolehlah makan di kedai makan selepas jam 12 tengah malam,

terutamanya dengan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi. Bolehlah bersahur di luar.

iii. Pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan dan hanya dikecualikan untuk kawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan orang ramai. Tambahan juga, MYSJTrace diwajibkan untuk tempat tertutup yang dipenuhi tetamu/pengunjung. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan