Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
BANGKOK, 8 Mac (Bernama) -- Sebuah jet pejuang F-16 Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) terhempas semasa menjalani sesi latihan di timur laut wilayah Chaiyaphum pada Selasa.
BANGKOK, 8 Mac (Bernama) -- Sebuah jet pejuang F-16 Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) terhempas semasa menjalani sesi latihan di timur laut wilayah Chaiyaphum pada Selasa.

Jet tentera udara Thailand terhempas ketika latihan

ByBernama

Kredit foto: Flight Global

BANGKOK, 9 Mac: Sebuah jet pejuang F-16 Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) terhempas semasa menjalani sesi latihan di timur laut wilayah Chaiyaphum pada Selasa.

Bagaimanapun, juruterbangnya terselamat dan mengalami cedera ringan selepas melenting keluar dari pesawat dan mendarat di kawasan sawah menggunakan payung terjun.

Jurucakap RTAF Naib Marsyal Udara, Prapas Sornchaidee, berkata kejadian berlaku kira-kira 1.40 petang (waktu tempatan) selepas jet itu dipercayai mengalami kerosakan. 

Jurucakap RTAF Naib Marsyal Udara, Prapas Sornchaidee, berkata kejadian berlaku kira-kira 1.40 petang (waktu tempatan) selepas jet itu dipercayai mengalami kerosakan. 

“Pasukan penyiasat turut dihantar ke lokasi nahas untuk menjalankan siasatan,” katanya.

Media tempatan melaporkan juruterbang kini menerima rawatan di hospital terdekat dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Pada 5 Dis, juruterbang jet F-5 cedera selepas pesawat dipandunya terhempas semasa menjalani latihan di daerah Chai Badan dekat Lopburi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan