Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Isteri dan kekasih didakwa bunuh suami

KUCHING, 8 Mac: Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret Miri pada Isnin atas pertuduhan membunuh seorang lelaki.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua suspek didapati membunuh Linggi Tedong, 38, yang merupakan suami kepada suspek wanita tersebut pada 22 Februari lalu.

Pertuduhan terhadap kedua-dua suspek, Tony Iri, 25, dan Diana Jangak, 35, dibuat di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu.

Tertuduh didakwa mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diwakili oleh Asp Joyce Sagai sebagai pegawai penyiasat manakala kedua-dua suspek tidak diwakili peguam.

Mahkamah telah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 25 April 2022.

Terdahulu, kedua-dua suspek ditangkap Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Miri pada 23 Februari lalu susulan penemuan satu mayat sekitar jam 10.45 pagi berhampiran ladang kelapa sawit di Paroh, Suai Miri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

ByBernama-
ByBernama-
ByBernama-