Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

CENTEXS anjur latihan 5G

KUCHING, 8 Mac: Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak atau dikenali sebagai CENTEXS bersama Huawei bekerjasama mengadakan satu program latihan jangka pendek iaitu ‘Digital Talents Competency Series’ yang melibatkan latihan ‘Wireless and Microwave Hardware Installation’.

Program latihan yang berlangsung selama lima hari tersebut merangkumi pemasangan peranti, penyelanggaran dan keselamatan selain merapatkan jurang industri ICT awam menerusi sijil perindustrian dari CENTEXS dan Huawei.

Dalam pada itu, program latihan tersebut diadakan bagi membantu mengasah kemahiran peserta untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang industri yang berkaitan.

Peserta yang berjaya menamatkan program tersebut juga akan berpeluang untuk menyertai Syarikat Telekomunikasi, anak syarikat atau vendor berkaitan.

“Pelancaran yang dibuat hari ini bertujuan untuk melancarkan program latihan jangka pendek untuk microwave dan wireless, yang mana Huawei merupakan rakan CENTEXS bagi mengajar

Setakat ini hanya kampus Kuching sahaja yang mengadakan program latihan digital kerana mempunyai kelangkapan fasiliti yang mencukupi.

“Kita ada enam kampus di Sarawak tapi untuk digital hanya kampus Kuching sahaja yang mencukupi kelengkapan untuk pembelajaran seperti microwave, data centre dan telecommunication energy,” katanya lagi.

Sementara itu, Huawei akan membekalkan peralatan latihan simulasi 5G yang dipanggil 5G Star bagi menyokong CENTEXS untuk membangunkan latihan praktikal 5G, ini sekaligus menjadikan CENTEXS dan Sarawak sebagai tempat latihan serta negeri pertama yang mempunyai peralatan latihan simulasi tersebut di Malaysia. – TVS

Tags: #bm, 5G, centexs

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan