Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Premier Sarawak disahkan positif COVID-19 – Fatimah Abdullah

ByOdleen Catherny

Kredit gambar: UKAS

MIRI, 8 Mac: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg disahkan dijangkiti COVID-19.

Perkara berkenaan disahkan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah.

“Saya ingin menyampaikan salam kemaafaan daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Kami menerima berita pada jam 9.00 malam tadi bahawa beliau tidak dapat hadir untuk merasmikan majlis pada pagi ini.

“Ini kerana beliau telah disahkan positif COVID-19,” katanya dalam ucapan sempena Sambutan Hari Wanita Sarawak 2022.

Dalam pada itu beliau menyeru orang ramai untuk mendoakan agar Abang Johari cepat sembuh seperti sedia kala. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan