Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Projek Pan Borneo Fasa 2 dijangka siap tahun 2028

KUCHING, 7 Mac : Pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Fasa Dua Sarawak dari Limbang ke Lawas dijangka siap pada tahun 2028.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, projek yang dibatal oleh Pakatan Harapan (PH) tersebut telah mendapat kelulusan secara berprinsip pada mesyuarat Kabinet 4 Mac lepas.

“Kerajaan terus memberi komitmen mengutamakan jajaran ini selaras dengan objektif untuk melancarkan trafik tanpa melalui negara Brunei,” katanya

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab persidangan Dewan Parlimen pagi tadi untuk menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi mengenai status terkini Fasa dua projek pan Borneo Sarawak susulan pengumuman Perdana Menteri Februari lepas.

Pada Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menegaskan akan mencari jalan untuk meneruskan pembinaan projek lebuh raya Pan Borneo Fasa dua Sarawak, dari Limbang ke Lawasa yang dihentikan kerajaan Pakatan Harapan.

Sementara itu, keseluruhan Fasa satu projek LPB Sarawak sepanjang 786 kilometer telah siap 78 peratus, manakala terdapat beberapa pakej dalam prjek tersebut mengalami sedikit kelewatan akibat pandemik COVID-19.

Projek tersebut dijangka siap melangkaui suku pertama tahun 2023 kelak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan