Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MAJLIS KESELAMATAN PBB KECAM INSIDEN PENGEBOMAN MASJID DI PAKISTAN

PBB kecam insiden pengeboman masjid di Pakistan

ByBernama

KARACHI, 7 Mac : Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Ahad mengecam “sekeras-kerasnya” insiden pengeboman di sebuah masjid Syiah di bandar Peshawar dekat barat laut Pakistan minggu lepas yang meragut 62 nyawa serta mencederakan hampir 200 yang lain.

“Majlis Keselamatan simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan kerajaan Pakistan serta berharap mereka yang cedera cepat sembuh dan pulih sepenuhnya,” lapor Anadolu memetik kenyataan Kementerian Luar Pakistan.

Insiden berkenaan berlaku di Masjid Kucha Risaldar semasa solat Jumaat, Daesh/ISIS mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Majlis Keselamatan itu menegaskan bahawa apa jua bentuk dan manifestasi keganasan adalah satu ancaman paling serius kepada keamanan serta keselamatan antarabangsa.

— TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan