KUCHING, 7 Mac : Menara Panggau Dayak bakal menjadi satu lagi ikonik kebangsaan Sarawak apabila siap dibina pada penghujung tahun ini.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata selain pembinaan projek bernilai RM103 juta tersebut kerajaan Sarawak juga turut memperuntukkan geran berjumlah RM28 juta sebagai sokongan kepada program yang bakal dijalankan.
Menara Panggau Dayak adalah program pembangunan bersama antara Yayasan Kebudayaan Dayak dan Dewan Komersial dan Industri Dayak.
“Panggau Dayak ini adalah program pembangunan bersama oleh Yayasan Kebudayaan Dayak dan Dewan Komersial dan Industri Dayak yang mana ia menelan belanja kira-kira RM1.3 juta,”
“Kami juga sangat berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana telah memberi tanah dan geran yang berjumlah RM28 juta untuk menyokong dan melaksanakan program kami,” katanya lagi.
Tambahnya beliau juga sangat berterima kasih kepada pihak pengurusan yang dapat mengurus dan menyiapkan projek tersebut tepat pada masanya walaupun kekangan akibat pandemik COVID-19 sejak dua tahun lepas.
“Kami juga berterima kasih kepada pihak pengurusan yang dapat mengurus dan menyiapkan projek walaupun banyak kekangan semenjak wabak pandemik COVID-19 melanda, dan berharap ia sebagai simbol bahawa masyarakat Dayak sebahagian daripada pembangunan di Kuching,” ujar Uggah lagi.
Selain itu, DCF juga akan mempunyai kemudahan seni baharu untuk para penari dan penghibur kebudayaan serta ruang galeri yang luas untuk pameran selain ruang pejabat tambahan bagi membolehkan DCF meneruskan peranannya dalam mempromosi dan memelihara warisan budaya Dayak.
Mengenai DCCI, peranannya sebagai dewan perniagaan kepada masyarakat Dayak akan dipertingkatkan dengan penyediaan ruang pejabat untuk ahli perniagaan Dayak yang memulakan perniagaan di daerah lain di negeri ini.
Sementara itu, Pengurus Besar Syarikat Panggau Dayak, Allister Smith berkata menara Panggau Dayak dijangka siap pada hujung tahun 2022, manakala bagi pembinaan pangsapuri akan siap pada suku pertama 2023 dan kondominium pada penghujung 2023 kelak.
“Projek ini dijangka siap pada akhir tahun ini dan sebuah pangsapuri akan siap pada suku pertama 2023 dan kondominium pada penghujung 2023,” kata Allister.
Tambahnya bangunan tersebut mempunyai keunikan ukiran tersendiri yang berasaskan tema Dayak selain akan ditanam pokok-pokok asli seperti pokok ‘engkabang’ ‘berlian’ bagi melengkapkan kawasan sekitar dan selaras tema ‘hijau local tree’.
“Saya juga difahamkan akan ditanam pokok-pokok asli seperti pokok ‘engkabang’, ‘berlian’ yang mana dapat melengkapkan kawasan sekitar selaras dengan tema ‘hijau local tree’,”.-TVS