Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kuala Lumpur ‘tenggelam’ lagi

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 7 Mac : Hujan lebat sejak pukul 2 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara ditenggelami banjir kilat mencecah satu meter.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Izham Jaafar berkata, sembilan kawasan terjejas antaranya Jalan Chan Sow Lin, Jalan Tasek Selatan, Bukit Jalil, Pekan Salak Selatan dan Lebuhraya Bukit Jalil.

Katanya, polis turut menerima maklumat kejadian pokok tumbang di Bandar Sri Pemaisuri yang menyaksikan 23 buah kereta dan motosikal mengalami kerosakan selepas dihempap pokok tumbang di kawasan parkir Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras.

” Ketika ini, beberapa jalan di Salak Selatan ditutup kepada semua kenderaan berikutan tidak dapat dilalui kerana dinaiki air,” katanya menerusi kenyataan media.

Dilaporkan juga ribuan kenderaan kini terperangkap akibat banjir kilat yang berlaku.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi hantaran di Facebooknya berkata, enam kawasan di pusat bandar telah dilanda banjir kilat.

Katanya, kementerian dan agensi terlibat telah mengambil langkah segera bagi memastikan keselamatan mangsa yang terlibat.

” Elak melalui kawasan banjir dan berhati – hati memandu sewaktu hujan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan